MAJLIS ANUGERAH GURU

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN GURU 
SJK TAMIL LANADRON
DIRASMIKAN OLEH
AHLI EXCO KERAJAAN NEGERI JOHOR EN.M.ASOJEN

SJK TAMIL Ldg Lanadron Panchor dengan kerjasama PIBG SJK TAMIL Ldg Lanadron, telah menganjurkan  Majlis Mesra Ramah  bersama YB En. M.Asojan Ahli Exco Kerajaan Negeri Johor , Majlis Apresiasi Guru dan Majlis Anugerah Kecemerlangan Guru di Star Restoran Muar baru-baru ini.  Majlis yang sungguh meriah dan bermakna ini telah dirasmikan oleh Ahli Exco Kerajaan Negeri Johor merangkap Adun Gambir dan Setiausaha MIC Negeri Johor YB. En.M.Asojan.

    Majlis ini diadakan untuk menghargai dan mengenang jasa dan usaha murni guru –guru SJK Tamil Ldg Lanadron yang telah berkhidmat dengan cemerlang dalam pelbagai bidang di peringkat sekolah dan juga guru –guru yang mengharumkan nama sekolah di peringkat daerah,negeri dan kebangsaan dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. pada tahun lepas

    Guru Besar yang mempengerusikan majlis ini,dalam ucapannya merakamkan penghargaan yang tertinggi kepada semua warga sekolah di atas pengorbanan guru yang menyebabkan sekolah muncul sebagai SJK Tamil  cemerlang di peringkat negeri Johor dan kebangsaan. Pencapaian ini telah mengharumkan nama sekolah di peringkat negeri dan kebangsaan.  Majlis ini bertujuan untuk menghargai semua guru yang telah membawa kejayaan tersebut.Guru Besar juga menegaskan supaya pencapaian ini diteruskan.

    YB.En.M.Asojen,Ahli Exco kerajaan negeri Johor  merangkap Adun Gambir dan setiausaha MIC negeri Johor dalam ucapanya menyatakan bahawa beliau terharu dengan usaha pihak sekolah dan PIBG sekolah  untuk meraikan sumbangan guru sekolah.Beliau menyatakan Majlis Apresiasi  dan Anugerah Kecemerlangan  guru seperti ini perlu dianjurkan oleh setiap sekolah untuk menghargai pengorbanan guru.Ini akan memberi galakkan kepada semua guru sekolah untuk berkhidmat dengan lebih cemerlang lagi.

     Beliau menyatakan inilah kali pertama beliau menghadiri satu majlis yang dianjurkan oleh sekolah untuk menghargai sumbangan gurunya.Segala pencapaian murid dan kejayaan sesebuah sekolah terletak di tangan warga sekolah tersebut.Oleh itu wajarlah majlis  seperti ini diadakan setiap tahun.

     Majlis Apresiasi guru sekolah menyaksikan pencapaian hadiah  dan sijil penghargaan    kepada semua guru tahun 6 yang telah mengharumkan nama sekolah dalam UPSR 2009 . Hadiah dan sijil juga diberi kepada semua guru sekolah yang sentiasa bekerjasama dan menyumbang untuk kejayaan sekolah dalam bidang kurikulum, kokurikulum dan HEM

      Majlis ini turut memberi anugerah kepada guru-guru yang telah mengharumkan sekolah dalam pelbagai bidang. Guru Proaktif  2009 dianugerahkan kepada En.S.Jeganathan ; Anugerah Guru Aktif  Kokurikulum 2009 dianugerahkan kepada  En.P.Prem. Anugerah Guru KoAkademik 2009 jatuh kepada Pn.S.Santhe; dan anugerah Guru Aktif Peringkat daerah dan negeri disandang oleh Pn.M.Sahila. Pn.M.Sahila juga turut diberi Anugerah Guru yang mengharumkan nama sekolah di peringkat kebangsaan.Beliau telah menjayakan sekolah masuk ke peringkat kebangsaan  dalam Pesta Sains selama tiga tahun berturut-turut.