Laporan BENCANA ALAM BANJIR
SJK TAMIL LADANG LANADRON,PANCHOR,MUAR, JOHOR
Pada 21.12.2006, hari Khamis, S.J.K Tamil Ladang Lanadron, Panchor telah mula dilanda banjir akibat hujan yang lebat dan berterusan selama seminggu.
Pada pukul 8.00 pagi Guru Besar telah menerima maklumat daripada ibu bapa dan orang ramai yang tinggal berhampiran dengan kawasan sekolah, bahawa paras air telah naik ke jalan raya yang berhadapan sekolah. Mereka juga berkata bahawa paras air telah mula mengalir ke kawasan sekolah. Guru Besar, guru-guru dan ibu bapa telah datang ke sekolah dengan serta merta. Mereka mendapati air sudah mula mengalir ke kawasan sekolah setinggi setengah kaki.
Guru Besar dengan serta merta memaklumkan kejadian ini kepada pihak Pejabat Pelajaran Daerah Muar dan Jabatan Pelajaran Negeri Johor. Guru Besar, guru-guru dan ibu bapa telah bertungkus lumus mengalihkan barang-barang yang berharga seperti komputer, komputer riba, pencetak, LCD, mesin fotostat , troli sains, buku-buku perpustakaan, buku-buku SPBT, buku-buku rampaian murid, LCD, dan sebagainya ke tempat yang lebih tinggi dan selamat. Pegawai-pegawai dari PPD Muar telah melawat sekolah untuk mengetahui keadaan banjir.
Guru Besar juga memaklumkan keadaan sekolah kepada Yang Berhormat Datuk K.S. Balakrishnan,Pengerusi MIC Negeri Johor dan Yang Berhormat Tuan Haji Samat Bin Aripin, ADUN Jorak. Pada pukul 1.30 petang Yang Berhormat Tuan Haji Samat Bin Aripin telah mengunjungi kawasan sekolah. Dalam lawatan itu, Guru Besar telah menerangkan keadaan sekolah kepada YB. Semasa YB hadir paras air telah naik sehingga 2 kaki.
Pada pukul 2.30 petang hingga 5.00 petang Guru Besar dan beberapa orang masih berada di kawasan sekolah dan terus mengalihkan barang-barang ke tempat yang lebih selamat. Paras air telah naik sehingga 21/2 kaki.
Pada pukul 7.00 petang mereka pulang balik ke sekolah. Apabila mereka pulang, mereka melihat paras air telah naik lagi.Paras air sudah sampai 3 kaki. Mereka telah berada di kawasan sekolah sehingga pukul 10.00 malam mengalihkan barang-barang ke tempat yang lebih selamat. Oleh kerana keadaan tidak mengizinkan, mereka terpaksa meninggalkan kawasan tersebut.
Pada 22.12.2006 hari Jumaat, Guru Besar bersama En. Ananthan telah datang ke sekolah pada pukul 9.00 pagi. Pihak Polis telah menutup jalan raya ke sekolah di hadapan SK kota Raja, Panchor. Guru Besar dengan keizinan pihak polis telah pergi ke sekolah dengan menaiki motor bot pada pukul 12.30 tengah hari. Mereka dapat melihat sofa, meja, kerusi, perabot, buku-buku dan fail-fail terapung di kawasan sekolah, Balai Polis Panchor dan Dewan Serbaguna Panchor.
Guru Besar bersama beberapa orang guru dan ibubapa dan seorang sukarelawan Melayu telah masuk ke sekolah dengan menaiki bot. Oleh kerana airnya sangat deras, mereka menghadapi masalah membuka pintu pagar sekolah. Akhirnya mereka dapat juga masuk ke dalam sekolah lalu menyelamatkan tiga buah komputer.Salah sebuah komputer yang diselamatkan itu jatuh ke dalam air. Paras airnya sampai sehingga 4 kaki.
Pada 23.12.2006 hari Sabtu Guru Besar telah melawat sekolah dengan menaiki motor bot tetapi tidak boleh memasuki dalam sekolah kerana airnya meningkat hingga 5 kaki..
Pada 24.12.2006 hingga 27.12.2006 jalan laluan ke sekolah telah ditutup sejauh 5 kilometer. Oleh itu pihak sekolah tidak dapat mengunjungi kawasan sekolah.
Pada 28.12.2006 hari Khamis jalan ke sekolah masih ditutup. Pada hari tersebut Yang Berhormat Pn. Komala Devi , Setiausaha Parlimen Kementerian Pelajaran Malaysia, Tuan PPD Muar, Pegawai-pegawai PPD dan Penyelia sekolah Tamil Negeri Johor telah melawat kawasan sekolah dengan menaiki motor bot. Guru Besar bersama PPD telah menerangkan secara terperinci tentang keadaan banjir kepada Yang Berhormat Pn. Komala Devi.
Pada 29.12.2006 hari Jumaat, Guru Besar, beberapa orang guru dan ibubapa telah melawat sekolah. Oleh kerana paras airnya mula turun, pihak Polis membenarkan orang ramai menuju ke Panchor. Airnya sudah turun hingga ke paras lutut kaki.Keadaan pejabat dan bilik-bilik yang dilihat amat menyusahkan hati guru besar,guru-guru dan ibubapa yang turut hadir kerana hampir semua barang telah musnah dalam banjir yang telah berlarutan selama 10 hari.
Pada 30.12.2006 hari Sabtu paras air sudah turun. Guru Besar, guru-guru dan beberapa orang ibubapa turut datang ke sekolah dan membersihkan kawasan sekolah. Memandangkan keadaan banjir dan kerja-kerja pembersihan memerlukan beberapa hari lagi untuk disiap maka Guru Besar dengan persetujuan pihak PPD mengumumkan bahawa P&P akan diteruskan di cawangan Palaniappa dan semua murid di sekolah induk telah diminta meneruskan P&P di cawangan Palaniappa dari 03.01.2007 hingga 05.01.2007.
Pada 31.01.2006 hari Ahad Guru Besar, guru-guru dan ibu bapa telah datang ke sekolah untuk membersihkan kawasan sekolah. Mereka membersihkan bilik-bilik darjah, pejabat dan kawasan sekolah dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang. Atas permintaan YB.M.Asojen, ADUN Bukit Gambir 10 orang kakitangan SAJ telah membantu pihak sekolah dalam usaha membersihakan sekolah.
Pada 01.01.2007 hari Isnin kerja-kerja pembersihan telah diteruskan dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang. YB Datuk K.S.Balakrishnan,Ketua MIC Negeri Johor dan YB.M.Asojen, ADUN Bukit Gambir telah melawat sekolah pada jam 10.00 pagi.Guru Besar telah menerangkan keadaan terkini kepada YB Datuk.
Kerja-kerja pembersihan diteruskan pada 02.01.2007 dari jam 9.00 pagi hingga 7.00 petang.Pegawai-pegawai dari PPD turut hadir dan melihat keadaan sekolah.
03.01.2007 hari Rabu adalah hari persekolahan. Oleh kerana semua kemudahan asas P&P telah musnah dalam banjir P&P telah dijalankan di cawangan Palaniappa seperti mana diumumkan terlebih dahulu.
Oleh kerana, ibu bapa sekitar sekolah telah menjadi mangsa banjir, kehadiran murid adalah kurang. Jumlah murid yang hadir adalah 109 orang sahaja. 44 orang murid Palaniappa, 58 orang murid Lanadron telah hadir di Cawangan Palaniappa dan 7 orang murid telah hadir di cawangan Craigielea.
Kerja-kerja pembersihan di Lanadron diteruskan dari jam 7.30 pagi hingga 5.00 petang oleh sepuluh orang guru dan beberapa orang ibubapa.Guru-guru lain menjalankan P&P di cawangan Palaniappa dan Craigielea.
Pada 4.01.2007 hari Khamis, kerja-kerja membersihkan kawasan sekolah diteruskan lagi dari jam 7.30 pagi hingga 4.00 petang. P&P diteruskan di cawangan Palaniappa dan Craigielea. Jumlah murid yang hadir di cawangan Palaniappa adalah seramai 115 orang. Seramai 50 orang murid cawangan Palaniappa dan 58 orang murid di sekolah induk telah meneruskan P&P di Cawangan Palaniappa. 7 orang murid telah hadir di cawangan Craigielea.
Pada jam 7.30 pagi En. Gunasegaran, Ketua Jemaah Nazir Muar turut hadir di sekolah dan melawat sekolah.
Guru Besar telah memberitahu tentang kejadian banjir yang berlaku di S.J.K (Tamil) Ladang Lanadron kepada En. Gunasegaran. Beliau juga telah memantau P&P di Cawangan Palaniappa. Beliau telah memantau enam orang guru di cawangan tersebut iaitu Cik A.Puspa, Pn.Thilagam , Pn.M.Yogeswary, Pn.Pathma, ik R.Deivanai dan Pn.P.Uma.
Pada 5.01.2007 hari Jumaat kerja-kerja pembersihan diteruskan dari jam 7.30 pagi hingga 3.00 petang. P&P diteruskan di cawangan Palaniappa dan Craigielea. Pada hari tersebut Tuan Haji. Samad Bin Aripin , ADUN JORAK bersama Tok Penghulu telah melawat sekolah pada jam 9.30 pagi. Guru Besar menceritakan akibat banjir kepada Tuan Haji. Samad Bin Aripin.YB mengucapkan syabas kepada pihak sekolah yang telah berjaya membersihkan sekolah dalam masa yang singkat.
Pada 6.01.2007 hari Sabtu, kerja-kerja pembersihan diteruskan dari jam 7.30 pagi hingga 02.00 petang.Tuan PPD Muar bersama pegawai-pegawai PPD Muar telah melawat ke sekolah.Sekolah telah dibekalkan 40 meja dan kerusi terpakai untuk meneruskan P&P.Setiausaha Politik YB Tansri Haji Muhyiddin juga turut hadir dan memerhati kerja-kerja pembersihan yang dilakukan oleh pihak sekolah.
Kakitangan HSBC Muar juga turut hadir dan menjalankan kerja-kerja pembersihan sekolah sebagai salah satu aktiviti komuniti mulai dari 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari.Soroptimist International Johor Bahru , Soroptimist International Singapore dan Mercy Malaysia Johor Bahru turut hadir dan memberi sumbangan beg sekolah dan alat tulis kepada semua murid di sekolah.
YB Datuk K.S.Balakrishnan,Ketua MIC Negeri Johor telah melawat sekolah pada jam 5.00 petang.Guru Besar menerangkan keadaan terkini kepada YB Datuk.
Pada 08.01.2007,Hari Isnin sekolah induk telah mula berfungsi seperti biasa walaupun masih menghadapi banyak kekurangan dari segi fizikal sekolah dan kemudahan asas.
Pada 09.01.2007, Hari Selasa YB Tansri Haji Muhyiddin Bin Hj.Mohd.Ysssin, MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI merangkap AHLI PARLIMEN PAGOH , YB TUAN HJ.SAMAT Bin ARIPIN Adun Jorak dan YB.TUAN HAJI TAHIR BIN TAAT,Adun Bukit Serampang telah mengunjungi sekolah pada jam 10.00 pagi. Guru Besar menerangkan keadaan terkini kepada YB Tansri Haji Muhyiddin bin Haji Mohd.Yassin dan rombongannya.
Pada 13.01.2007, Hari Sabtu YB .Dato G.Palanivel, YB.Dato.K.S.Balakrihnan, Dato’S.Krishnasamy dan YB.En.M.Asojen telah mengunjungi sekolah pada jam 06.00 petang. Guru Besar menerangkan keadaan terkini kepada YB Dato G.Palanivel dan rombongannya.
KERUGIAN DALAM BANJIR DARI 21.12.2006 HINGGA 30.12.2006
BIL | PERALATAN | JUMLAH |
01 | KOMPUTER | 10 |
02 | KOMPUTER RIBA | 03 |
03 | LCD | 06 |
04 | TROLI PPSMI | 05 |
05 | SKRIN PPSMI | 01 |
06 | PENCETAK SAMSUNG | 01 |
07 | PENCETAK CANON | 01 |
08 | PENCETAK BROTHER 3 IN 1 | 01 |
09 | SCANNER ACERMATE | 01 |
10 | CD ROM TAHUN 1-5 | - |
11 | BAHAN P&P PPSMI | - |
12 | PENCETAK EPSON | 02 |
13 | PENCETAK PANASONIC | 02 |
14 | MESIN FOTOSTAT | 02 |
15 | LAMINATOR | 02 |
16 | COMB BINDER | 02 |
17 | MESIN PENYALIN RISO | 01 |
18 | MESIN GASTERNER | 01 |
19 | KOMPUTER PENTADBIRAN | 02 |
20 | MESIN TAIP OLIMPIA | 02 |
21 | PA SISTEM | 01 |
22 | GEROBOK BESI | 15 |
23 | RAK-RAK FAIL | 10 |
24 | MESIN VAKUM | 02 |
25 | MEJA DAN KERUSI GB,PEJABAT,GURU | 20 |
26 | DVD | 01 |
27 | FAIL-FAIL PANITIA,SPBT,RMT,SOBA,PLBS,KIA | |
28 | BUKU-BUKU PERPUSTAKAAN | 10,000 |
29 | BUKU-BUKU KBSR,UPSR,PPSMI,RUJUKAN | 05,000 |
30 | CARPET | 02 |
31 | CARTA P&P SEMUA MATA PELAJARAN | |
32 | MESIN OHP | 02 |
33 | TELEVISION | 01 |
34 | RADIO | 05 |
35 | ASTRO DECORDER | 01 |
36 | VIDEO CD | 01 |
37 | PERALATAN SAINS | |
38 | PERALATAN MUZIK | |
39 | PERALATAN SENI | |
40 | PERALATAN KEMAHIRAN HIDUP | |
41 | PERALATAN SUKAN DAN PERMAINAN | |
42 | RAK,ALMARI MENYIMPAN CARTA DAN PERALATAN | 10 |
43 | RAK BUKU PERPUSTAKAAN | 15 |
44 | MEJA MURID DAN KERUSI MURID | 120 |
45 | MEJA KANTIN | 10 |
46 | BANGKU KANTIN | 20 |
47 | PERABUT DI BILIK DARJAH ,PEJABAT DAN BILIK SAINS,KH,PJ | |
48 | MEJA DAN KERUSI KOMPUTER | 12 |
49 | PERKAKASAN DAN KBINET DAPUR | |
50 | MEJA DAN KERUSI PERPUSTAKAAN | 15/30 |
51 | MEJA MESYUARAT DAN KERUSI CUSHION | 1 SET |
52 | SOFA SET | |
53 | PAPAN HITAM | 08 |
54 | PAPAN KENYATAAN | 10 |
55 | PAPAN PUTIH | 06 |
56 | BUKU-BUKU SPBT,PPSMI | |
57 | BUKU RAMPAIAN MURID –UNIT SUKAN | |
58 | KEROSAKAN BANGUNAN:SEMUA PINTU ROSAK | 18 |
59 | KEROSAKAN BANGUNAN : MEMPERBAIKI DAN CAT | |
60 | KECERIAAN: LANDSKAP DAN TANAMAN MUSNAH |
REKOD AKTIVITI BENCANA ALAM BANJIR
B | TARIKH | BUTIR | AKTIVITI |
1 | 21.12.06 KHAMIS | SEKOLAH DILAND BANJIR HARI PERTAMA | GURU BESAR , GURU, IBUBAPA DAN BEKAS MURID HADIR MENYRLAMATKAN DOKUMEN ,ANGKUT BARANG KE TEMPAT TINGGI MENGAMBIL GAMBAR LAPOR KEPADA PPD,JPNJ DAN PPD PPD MELAWAT GB LAWAT MURID DI IKBN MULA SEDIA LAPORAN |
2 | 22.12.06 JUMAAT | SEKOLAH DILAND BANJIR HARI KEDUA | MELAPOR KEPADA PPD,JPNJ DAN PST PERKEMBANGAN BANJIR PPD MELAWAT SEKOLAH GB DAN GURU GURU MENYELAMATKAN 3 KOMPUTER GURU BESAR LAWAT MURID DI IKBN MENGAMBIL GAMBAR LAPORAN DITERUSKAN |
3 | 23.12.06 SABTU | SEKOLAH DILAND BANJIR HARI KETIGA | MELAPOR KEPADA PPD,JPNJ DAN PST KEADAAN BANJIR GB LAWAT SEKOLAH - BOAT MENGAMBIL GAMBAR GB MELAWAT MURID DI IKBN LAPORAN DITERUSKAN |
4 | 24.12.06 AHAD | SEKOLAH DILAND BANJIR HARI KEEMPAT | JLN KE SEK.DITUTUP 5 KM GB MELAWAT MURID DI IKBN GB KE KL UTK SAMPAIKAN BERITA KPD AKHBAR MAKKAL OSAI / MN |
5 | 25.12.06 ISNIN | SEKOLAH DILAND BANJIR HARI KELIMA | JLN KE SEK.DITUTUP 5 KM BERITA SEKOLAH DILANDA BANJIR KELUAR DI MAKKAL OSAI |
6 | 26.12.06 SELASA | SEKOLAH DILAND BANJIR HARI KEENAM- | JLN KE SEK.DITUTUP 5 KM GB MELAWAT UMA / JAYABAKTI /SURYA / STAR DAN MINTA BANTUAN BUKU UNTUK PEPRPUSTAKAAN YANG MUSNAH DALAM BANJIR |
7 | 27.12.06 RABU | SEKOLAH DILAND BANJIR HARI KETUJUH | JLN KE SEK.DITUTUP 5 KM GB MELAWAT MURID DI IKBN |
8 | 28.12.06 KHAMIS | SEKOLAH DILAND BANJIR HARI KELAPAN | JLN KE SEKOLAH MASIH DITUTUP 5 KM LAWATAN KE SEKOLAH BERSAMA YB KOMALA,PST,PPD MENGAMBIL GAMBAR MELAWAT MURID DI IKBN |
9 | 29.12.06 JUMAAT | SEKOLAH DILAND BANJIR HARI KESEMBILAN | JLN KE SEK.DIBUKA GB LAWAT SEKOLAH-AIR MASIH 2 KAKI.TAK MASUK DLM MENGAMBIL GAMBAR LAWAT MURID DI IKBN |
10 | 30.12.06 SABTU | SEKOLAH DILAND BANJIR HARI KESEPULUH | JLN KE SEK.DIBUKA GB LAWAT SEKOLAH-AIR MASIH 1 KAKI MENGAMBIL GAMBAR LAWAT MURID DI IKBN |
REKOD AKTIVITI PEMBERSIHAN
SEKOLAH YANG DILANDA BANJIR
B | TARIKH | BUTIR | AKTIVITI |
1 | 31.12.06 AHAD | KERJA PEMBERSIHAN HARI PERTAMA | GURU,IBUBAPA MULA MEMBERSIHKAN SEKOLAH DARI PAGI 9.00 - 6.00 PTG |
2 | 01.01.07 ISNIN | KERJA PEMBERSIHAN HARI KEDUA | GURU,IBUBAPA MEMBERSIHKAN SEKOLAH DARI PAGI 9.00 - 6.00 PTG LAWATAN YB DATO KS BALAKRISHNAN LAWATAN YB EN.M.ASOJEN LAWATAN DATO G.PASAMANIKAM LAWATAN EN.PRABU,PEKERJA INDIA ST |
3 | 02.01.07 SELASA | KERJA PEMBERSIHAN HARI KETIGA | GURU,IBUBAPA MEMBERSIHKAN SEKOLAH DARI PAGI 9.00 - 6.00 PTG PPD MELAWAT SEKOLAH LAWATAN PEGUAM EN.M.JAYASINGAM |
4 | 03.01.07 RABU | KERJA PEMBERSIHAN HARI KEEMPAT | GURU,IBUBAPA MEMBERSIHKAN SEKOLAH DARI PAGI 9.00 - 6.00 PTG P&P BERMULA DI CAWANGAN PALANIAPPA,CRAIGIELEA MURID-MURID INDUK DITEMPATKAN SEMENTARA DI PALANIAPPA KETUA NAZIR SEKOLAH TURUT HADIR DI LANADRON,PALANI,CRAIG |
5 | 04.01.07 KHAMIS | KERJA PEMBERSIHAN HARI KELIMA | GURU,IBUBAPA MEMBERSIHKAN SEKOLAH DARI PAGI 9.00 - 6.00 PTG P&P DITERUSKAN DI CAWANGAN PALANIAPPA,CRAIGIELEA MURID-MURID INDUK DITEMPATKAN SEMENTARA DI PALANIAPPA |
6 | 05.01.07 JUMAAT | KERJA PEMBERSIHAN HARI KEENAM | GURU,IBUBAPA MEMBERSIHKAN SEKOLAH DARI PAGI 9.00 - 6.00 PTG P&P DITERUSKAN DI CAWANGAN PALANIAPPA,CRAIGIELEA MURID-MURID INDUK DITEMPATKAN SEMENTARA DI PALANIAPPA |
7 | 06.01.07 SABTU | KERJA PEMBERSIHAN HARI KETUJUH | GURU,IBUBAPA MEMBERSIHKAN SEKOLAH DARI PAGI 9.00 - 6.00 PTG SOROPTIMIST JB,MERCY MEREKA SUMBANG BEG SEKOLAH DAN PERALATAN KPD MURID PPD DAN PEGAWAI-PEGAWAI PPD MELAWAT PPD SUMBANG 40 MEJA-KERUSI TERPAKAI LAWATAN YB DATO KS BALAKRISHNAN 5.00 PTG |
8 | 07.01.07 AHAD | KERJA PEMBERSIHAN HARI KELAPAN | GURU,IBUBAPA MEMBERSIHKAN SEKOLAH DARI PAGI 9.00 - 2.00 PTG KERJA-KERJA PEMBERSIHAN DITAMATKAN PADA HARI INI. |
08.01.07 ISNIN | P&P BERMULA DI INDUK-LANADRON | ||
09.01.07 SELASA | LAWATAN YB TANSRI HJ.MUHYIDDIN,YB.TN.HJ SAMAT, YB TN.HJ.TAHIR KE SEKOLAH |
REKOD LAWATAN DIF KEHORMAT
KE SEKOLAH YANG DILANDA BANJIR
B | TARIKH | AKTIVITI |
21.12.06 KHAMIS | LAWATAN PEGAWAI-PEGAWAI PPD MUAR | |
22.12.06 JUMAAT | LAWATAN PEGAWAI-PEGAWAI PPD MUAR | |
28.12.06 KHAMIS | LAWATAN YB KOMALA KRISHNAMURTHY LAWATAN PENYELIA SEKOLAH TAMIL NEGERI JOHOR LAWATAN PPD DAN PEGAWAI-PEGAWAI PEMBANGUNAN PPD MUAR | |
01.01.07 ISNIN | LAWATAN YB DATO KS BALAKRISHNAN LAWATAN YB EN.M.ASOJEN LAWATAN DATO G.PASAMANIKAM LAWATAN ROMBONGAN KUIL SRI MUTUH MARIAMMAN MUAR LAWATAN ROMBONGAN MUAR INDIAN ASSOCIATIOM LAWATAN EN.PRABU, LAWATAN PEMBERITA TAMIL NESAN DAN NEW STRAITS TIMES | |
02.01.07 SELASA | PPD MELAWAT SEKOLAH LAWATAN PEGUAM EN.M.JAYASINGAM | |
03.01.07 RABU | LAWATAN KETUA NAZIR SEKOLAH KE LANADRON,PALANIAPPA,CRAIGIELEA | |
05.01.07 JUMAAT | LAWATAN YB DATO HJ.SAMAT,TOK PENGHULU DAN PENGURUS LADANG LANADRON | |
06.01.07 SABTU | LAWATAN SOROPTIMIST JB,SINGAPORE DAN MERCY MALAYSIA (MAJLIS PENYAMPAIAN BEG DAN ALAT TULIS) LAWATAN SETIAUSAHA POLITIK TANSRI HJ.MUHYIDDIN LAWATAN PPD DAN PEGAWAI-PEGAWAI PPD LAWATAN YB DATO KS BALAKRISHNAN 5.00 PTG | |
09.01.07 SELASA | LAWATAN YB TANSRI HJ.MUHYIDDIN BIN HJ.MUHD.YASSIN YB.TN.HJ SAMAT BIN ARIPIN YB TN.HJ.TAHIR BIN TAAT | |
13.01.07 SABTU | LAWATAN YB DATO G.PALANIVEL LAWATAN YB DATO KS BALAKRISHNAN LAWATAN YB DATO S KRISHNASAMY LAWATAN YB EN.M.ASOJEN LAWATAN TIMBALAN PENGERUSI PEMUDA MIC NEGERI JOHOR | |
17.01.2007 RABU | KUNJUNGAN EN.M.JAYASINGAM.EN.MANIAM BERSAMA ROMBONGAN ROTARY CLUB OF MUAR DAN ROTARY CLUB OF KL DRAJA DAN PEGAWAI DARI PPD MUAR (MAJLIS PENYAMPAIAN PAKAIAN SERAGAM,BEG,KASUT,ALAT TULIS) | |
21.01.07 AHAD | LAWATAN SEMULA ROMBONGAN KUIL SRI MUTUH MARIAMMAN MUAR LAWATAN SEMULA ROMBONGAN MUAR INDIAN ASSOCIATIOM | |
23.01.07 SELASA | KUNJUNGAN EN.M.JAYASINGGAM (MAJLIS MENYUMBANG SEBUAH KOMPUTER,KOMPUTER TABLE DAN PRINTER) | |
27.01.07 SABTU | KUNJUNGAN EN.C.CHELVARAJAN DAN ROMBONGAN KUIL MARIAMMAN DAN MIA (MAJLIS MENYUMBANG SEBUAH KOMPUTER,KOMPUTER TABLE DAN PRINTER |
BENCANA ALAMA BANJIR
REKOD SURAT MENYURAT,PERJUMPAAN,TELEFON, FAX
B | TARIKH | BUTIR | PENGIRIMAN |
1 | 31.12..06 | LAPORAN BENCANA ALAM BANJIR SERTA SENARAI KEROSAKAN BERSA 48 KEPING GAMBAR KEROSAKAN SEKOLAH AKIBAT BANJIR | PPD MUAR |
2 | 31.12..06 | LAPORAN BENCANA ALAM BANJIR SERTA SENARAI KEROSAKAN BERSA 48 KEPING GAMBAR KEROSAKAN SEKOLAH AKIBAT BANJIR | PST |
3 | 01.01.07 | LAPORAN BENCANA ALAM BANJIR SERTA SENARAI KEROSAKAN BERSAMA GAMBAR PERMOHONAN BANTUAN PROJEK KECIL | YB DATO KS.BALAKRISHNAN |
4 | 02.01.07 | LAPORAN BENCANA ALAM BANJIR SERTA SENARAI KEROSAKAN BERSAMA GAMBAR PERMOHONAN BANTUAN PROJEK KECIL | YB DATO KOMALA KRISHNAMURTHY |
5 | 02.01.07 | LAPORAN BENCANA ALAM BANJIR SERTA SENARAI KEROSAKAN BERSAMA GAMBAR PERMOHONAN BANTUAN PROJEK KECIL | ROTARY CLUB OF MUAR EN.M.JAYASINGAM |
02.01.07 | LAPORAN BENCANA ALAM BANJIR SERTA SENARAI KEROSAKAN BERSAMA GAMBAR PERMOHONAN BANTUAN PROJEK KECIL | MIA.MUAR MARIAMMAN KUIL (EN.S.CHELVARAJAN) | |
6 | 06.01.07 | PERMOHONAN BANTUAN PERABUT | ROTARY CLUB OF JB LAWYER KUMAR |
7 | 09.01.07 | LAPORAN BENCANA ALAM BANJIR SERTA SENARAI KEROSAKAN BERSAMA GAMBAR PERMOHONAN BANTUAN PROJEK KECIL | YB TANSRI HAJI MUHYIDDIN , AHLI KAWASAN PARLIMEN PAGOH |
8 | 11.01.07 | PERMOHONAN BANTUAN PERPUSTAKAAN | STAR ENTERPRISE |
9 | 11.01.07 | PERMOHONAN BANTUAN PERPUSTAKAAN | SURIYA PUBLICATIONS |
10 | 11.01.07 | PERMOHONAN BANTUAN PERPUSTAKAAN | UMA PUBLICATION |
11 | 11.01.07 | PERMOHONAN BANTUAN PERPUSTAKAAN | PENERBITAN JAYABAKTI |
12 | 11.01.07 | PERMOHONAN BANTUAN PERPUSTAKAAN | PENERBITAN KASI |
13 | 11.01.07 | PERMOHONAN BANTUAN PERPUSTAKAAN | MING MING |
14 | 15.01.07 | LAPORAN LENGKAP BENCANA ALAM BANJIR SENARAI KEROSAKAN , GAMBAR DAN CD | PPD MUAR |
15 | 15.01.07 | LAPORAN LENGKAP BENCANA ALAM BANJIR SENARAI KEROSAKAN , GAMBAR DAN CD | PST |
16 | 15.01.07 | PERMOHONAN BANTUAN PERABUT | POH HUAT WOOD |
17 | 13.01.07 | LAPORAN LENGKAP BENCANA ALAM BANJIR SENARAI KEROSAKAN , GAMBAR DAN CD PERMOHONAN BANTUAN PROJEK KECIL | YB DATO G.PALANIVEL |
18 | 13.01.07 | LAPORAN LENGKAP BENCANA ALAM BANJIR SENARAI KEROSAKAN , GAMBAR DAN CD PERMOHONAN BANTUAN PROJEK KECIL | YB DATO KS.BALAKRISHNAN |
19 | 15.01.07 | LAPORAN LENGKAP BENCANA ALAM BANJIR SENARAI KEROSAKAN , GAMBAR DAN CD PERMOHONAN BANTUAN PROJEK KECIL | YB DATO KOMALA KRISHNAMURTHY |
20 | 16.01.07 | LAPORAN LENGKAP BENCANA ALAM BANJIR SENARAI KEROSAKAN , GAMBAR DAN CD PERMOHONAN BANTUAN PROJEK KECIL | PENGURUS LDG |
21 | 28.01.07 | PERMOHONAN BANTUAN PROJEK KECIL-SENDIRI | PN.VIMALA KL |
22 | 28.01.07 | PERMOHONAN BANTUAN PROJEK KECIL-SENDIRI | EN. GUNA KL |
23 | 28.01.07 | PERMOHONAN BANTUAN PERABUT | LIM YEK SDN BHD |
24 | 02.02.07 | LAPORAN LENGKAP BENCANA ALAM BANJIR SENARAI KEROSAKAN , GAMBAR DAN CD PERMOHONAN BANTUAN PERPUSTAKAAN | LAWYER JAYASINGAM |
25 | 02.02.07 | LAPORAN LENGKAP BENCANA ALAM BANJIR SENARAI KEROSAKAN , GAMBAR DAN CD PERMOHONAN BANTUAN PERPUSTAKAAN | LAWYER CHELWA |
26 | 02.02.07 | LAPORAN LENGKAP BENCANA ALAM BANJIR SENARAI KEROSAKAN , GAMBAR DAN CD PERMOHONAN BANTUAN PERPUSTAKAAN | PEGAWAI DAERAH |
27 | 02.02.07 | LAPORAN LENGKAP BENCANA ALAM BANJIR SENARAI KEROSAKAN , GAMBAR DAN CD PERMOHONAN BANTUAN PERPUSTAKAAN | TN HJ SAMAT |
28 | 02.02.07 | LAPORAN LENGKAP BENCANA ALAM BANJIR SENARAI KEROSAKAN , GAMBAR DAN CD PERMOHONAN BANTUAN PERPUSTAKAAN | TN HATTA |
29 | 05.02.07 | LAPORAN LENGKAP BENCANA ALAM BANJIR SENARAI KEROSAKAN , GAMBAR DAN CD PERMOHONAN BANTUAN PERPUSTAKAAN | YB DATO RAMANI |
30 | 05.02.07 | LAPORAN LENGKAP BENCANA ALAM BANJIR SENARAI KEROSAKAN , GAMBAR DAN CD PERMOHONAN BANTUAN PROJEK KECIL | CARLSBERG |
31 | 05.02.07 | LAPORAN LENGKAP BENCANA ALAM BANJIR SENARAI KEROSAKAN , GAMBAR DAN CD PERMOHONAN BANTUAN PROJEK KECIL | TOTO |
32 | 05.02.07 | LAPORAN LENGKAP BENCANA ALAM BANJIR SENARAI KEROSAKAN , GAMBAR DAN CD PERMOHONAN BANTUAN PROJEK KECIL | MAGNUM |
33 | 05.02.07 | LAPORAN LENGKAP BENCANA ALAM BANJIR SENARAI KEROSAKAN , GAMBAR DAN CD PERMOHONAN BANTUAN PROJEK KECIL | PAN MALAYSIAN |
34 | 05.02.07 | LAPORAN LENGKAP BENCANA ALAM BANJIR SENARAI KEROSAKAN , GAMBAR DAN CD PERMOHONAN BANTUAN PROJEK KECIL | GUNA KL |